BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 22, 2010

Hati berbunga riang (^_^)

Tinggal beberapa jam lagi...
aku akan terbang..terbang..terbang meninggalkan KL...
yayy yayy yayy!!
abgg!! tunggu sy datang...:D
rindunye nk jumpa suami..
almost 5weeks xketemu nie...
rindu bangat!!~
auwww...gatai! hahhaahaa :p

Kali nie...aku bercuti seminggu..
terbang ke sarawak..
bukan utk bercuti mcm sblom2 nie..
tp khas untuk bertemu suami..
kali nie...aku nk ke kapit..(jauhhh siot!)
di mana tempat suami ku menetap skrg...

nie baru kali ke-2 aku nk ke sana..
kali pertama pg tue..
best la jugak..
sbb kawan2 suami ku..sume baik2..
sume suke tolong-menolong...
then rasai sama2 suasana tempat org..

kali nie..
seminggu...aku menumpang rumah kawannye aje..
yg sudah berumah tangga..
so..save skit..xpayah nk booking2 hotel..

hmm...flight 4ptg..amik masa 2jam nk ke sibu...
then, stay kat sibu smlman...
esok nye baru amik bot ke kapit...
amik masa 3jam jugak bot ke kapit..

wahh3...xsabarnye...
nnt aku upload gambar2 best kat sana okey...
hoyehh..hoyehh!!~ (^_^)

Saturday, July 17, 2010

33 petua dan tip kuruskan badan tanpa ubat | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA ..

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Read more: http://www.rahsiaperkahwinan.com

Ermmmm...mmg aku patut amalkan nie..huhuhu

Thursday, July 15, 2010

sangap!!~

sangap??
korang tau ape sangap??
aku pun xtau...
dah tue budak2 ofis aku slalu sebut...
aku pun buat2 paham je la...
aku pun sangap la ari nie!!~


ahhh...mcm xda mood giler keje ari nie..
rasa mcm nk balik umah
golek2 depan tv je..
biar tv tgk aku..

eshhh...ape la org sbelah aku nie
membebel2 nie...satu hape aku xpaham..
aku dah la tgh tekun men'updated' blog nie..
keje nye..ada lagi..kejap2 lg la sambung..

di kala hati duka & lara ini...
(wahh3...giler jiwang! mcm nk lempang je muke nie)
aku pun bukak la blog aku nie..
baca hasil2 tuliasan merapuku...
ku tersenyum sendirian..
opsss...aku masih waras!
sambil melayan lagu kerispatih..
parah aku nie...

hari nie smpai la ahad aku keje..(topik dah menyimpang dah nie)
nasib baik day shift..tp 12jam..huhu
kalu night shift 4mlm..rasa mcm dah leper
aku nie kat carpet surau...
gile penat!
selasa lepas, aku keje mlm..
tue pun smpai 3,4 kali mata nie nk tertutup..
ternga-nga depan pc nie..
ekekeke...org pasan x ek??
kalu pasan pun aku wat2 berlakon la..
aaa..eee..oooo..praktis vokal..
hahhaha..sengal!

tp keje shift nie mmg penat..
tambah2 mlm..aku masuk 9mlm balik 9pagi..
kalu day shift masuk 9pagi balik 9mlm..
kalu keje mlm, balik keje tue...mandi...
bedebushhh..terus terjun atas katil..
mmg xsedar2 diri dah smpai ptg..
ehh chopp! tp pkl2 bgn la kejap, solat..
lepas tue bedebushh balik smpai la lewat ptg..

dah bgn tue..baru la tau carik mkn..
masak2 makan...
mlm keje plak...mcm nie la rutin nye...
tp...keje 2,3 ari..then dah bole off 2,3 ari..
tue yg best...
lagi satu...pergi & balik keje..jalan xda la jam sgt..

hmmm...mcm nie rutin harian aku..
kalu weekend jupo husband..baru la sronok!!
opsss..hahhaha..gatai!

ahh..ntah hape dah aku melalut2 nie...
opocoottt! terlupe plak keje aku nie blom abis...
daaa diii duuu...chow!

Friday, July 2, 2010

Dulu & kini...

Hidup bersuami & isteri nie tersgt HAPPY tau!!
antara buktinye...
tgk la aku skrg...
huhu...walaupun tahun pertama perkahwinan nie..
kami tggal berasingan kerana
suami bekerja di sarawak & aku plak bekerja di KL..
tp berat badan ku sudah mula meningkat..

dulu aku terpikir2 jugak..
kenapa org lepas kawen cepat naik badan??
jawapannye pun aku kurang pasti..
tp..agak terbukti jugak la..
sbb aku sdiri pun dah naik 5kg lepas kawen :(
walaupun makan rasanye mcm biasa aje..
(ekeke..bole caya ke??)
skrg nie..aku tgh usaha nak maintain balik berat asal..
xkurus & xdebab sgt...

skrg nie..berat dah cecah 50kg..
naik tangga smpai tingkat 3 pun dah mengah...
ini la jadi kalu malas nk exercise..
tp..sblom kawen pun..xda pun aku exercise..
xda la naik mendadak..
aku perasan sgt..berat aku mula naik masuk
bulan ke-4 perkawinan..huhu..

sementara blom pregnant nie..
aku bertekad nk maintain balik berat asal..
dan ingin menguruskan sedikit pipi yg dah makin debab ini :(
kalu dpt maintain mcm sblom kawen pun ok..
dulu punya la berangan nk berat 42kg..
kang xpasal2 kena terbang angin plak..
so..kalu dpt 45kg pun jadi la...
aja2 fighting!!

aku sblom kawen..



selepas kawen..tp masa nie maintain lagi..
perut pun slim melim lagi...
bulan pertama perkahwinan..masa pg honeymoon :)






gambar2 masuk bulan ke-4 perkahwinan...huhu :(



dah mcm org mengandung 4 bulan je nie...


hmmm....dah makin membulat muke nie, lengan nie, peha nie..bontot nie!
mcm mau makan je sume gambar2 nie...
huwarghh...xda mood! choww chinn choww..bye!!

Thursday, July 1, 2010

Kenangan ketinggianku..

1)sumber gambar lama : daripada bapa saudara.
yg sexy bersluar pendek, rambut ketot2 itu adalah aku.
yg ala2 boroi sedikit itu..adik aku.


2)sumber gambar baru : daripada kamera samsung ku..
baju hijau yg rabun skit tue aku..
baju bunga2 tue..adik aku.


3)gambar baru : satu family ku...tp sorg lagi adik lelaki xda dlm gambar nie.


ini lah perbezaan ketinggian aku skrg dgn adik aku..
huhuhu :[
nnt kalu adik bongsu aku dah matang...
sah2 la..aku yg paling renek dlm keluarga ku :(

Zoo...

wahhh...terasa mcm nk g tgk cite Zoo.....
tulun..tulunnn..lama giler dah xpg tgk muvie..
kempunan plak.ekek..mcm2 la aku nie..

tba2 rasa nk tgk cite zoo..
aku pun nk blajar mcm mana nk ckp nga haiwan nie..
nnt bole la aku berckp nga burung2
yg slalu sgt singgah kat tingkap
dapur umah aku utk berakk..
kuramm asam punya burung...
rasa mcm nak penyet2 je..
huhu...

ape2 pun..nk tgk cite zoo!

Jalan-jalan cuci mata..

Kebetulan ari nie off..
so dapat la aku jalan2 cuci mata...

Bgn seawal 10 pagi...(huwahuwahuwa..bertuah punya budak!)
dah mandi sume...siap2 nk kuar..
mana lagi port aku..
ampang point la!
xtau la ape yg ada kat sana..
aku xbosan2 pun pg sana di kala off day..
biasa la sesorg malas nk g jauh2..
so ampang point tue...
jaraknye ibarat toilet blkg umah aku je..
mcm umah dolu2 je..toilet blkg umah..

biasanye..kalu aku lepak ampang point tue..
xda la lama mana...
paling lama pun..2jam je..ekeke..
kalu x...parking kete..naik pusing2..
agak2 abis tawaf smpai tingkat 3..turun & terus balik umah..

tp..hari nie lain plak jadinye..
mula2 ingatnye nk g basuh kete sblom smpai umah..
tp..gatal plak tgn nie pusing stereng kete ke tempat lain..
jeng jeng jeng...hehe
tupp2...sedar2 aje..aku dah smpai kat
kedai romantika..(kedai accessories home decoration)
kedai nie lagi la dekat...dlm galaxy depan umah aku je..

aku nie mmg suke sgt la..
melepak2 kat kedai home decoration nie..
xpun kedai2 perabot...
sambil2 pusing cuci2 mata..sempat la jugak berangan...
nak beli tue..nak beli nie...
last2 habuk pun xdak! hehe..

tp..kedai romantika nie...mmg bestt la..
sbb ape?? harga brg2 nye..
mmg agak murah la..
bg aku...sgt murahh..brg2 nye..kebanyakkan bertemakan english style..
sape2 yg suke brg2 english style..bole la ke sana..
korang mesti rambang mata nye nk beli itu ini..
mcm aku nie....rasanye..dengan kedai tue skali
rasa mcm nk beli..termasuk nga akak2,abg2,pakcik2,makcik2 dlm kedai tue..ekeke ;)

sambil2 pusing tue..sempat la jugak aku snap skit gambar..
tp..kualiti gambar sgt kureng...
excited punya pasal smpai terketar2 gambar aku amik..huhu..
okey la..layan kan aje...:)

p/s: sape2 yg agak teringin nk ke sana...bole la ajak aku skali ek..**winkk!


tgk la harganye!! mmg buat aku geram... kangg buat xsedar diri..abis plak brg dlm kedai tue aku beli..huhu


mcm mug design english style nie kan..ada mcm2 patern, cantik2 sume..then yg harga rm2/satu pun byk....cantikk wooo..


kwekkk..kweekk..kwekk sian itik2 nie sume kena jual! ekeke..rm10/satu...sgt murah okey..bukan kecik nie tau..besarr..besar punya!.sebesar bapak ayam..hmmm..bole la kot. aku rasa geramm je nk beli.comeyy..tp..kangg aku beli..nk buat ape plak kan. nk sembelih masak pun xbole...



nie cawan2 besar nie..bole buat pasu bunga..cantik&kreatif...satu nie dlm rm19.90..berbaloi2 kan...



korang tgk la bunga2 tue..sgt murah okey.harga bukan utk sekuntum tau...tp utk sejambak, dlm sejambak ada la dlm 7,8kuntum...huhu..sgt murah! aku rasa mcm nk nangis je tgk hanrga nie sume....terharu gilerr...nga ngaa ngaaa....



alamak..terkabul plak gambar nie. nie sesuai utk buat pasu2 bunga..fresh flower @ bunga plastik..xpun containner2 nk letak brg ape2 aje..cantik2 tau!



bakul2 nie sume..cantik & kreatif tau..tema mcm dibuat dari rumput2 gtue. sgt cantik di buat tapak hiasan utk brg hantaran perkahwinan...

hhaaa..nie je gambar2 yg sempat di snap...
takut plak nk snap byk2..kangg xpasal2 kena lempang kat tauke kedai..ekeke ;)
anyway..jomm rmai2 kite ke sana!!~ aku nak ikuttt....