BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 20, 2010

mom-to-be....

Syukur Alhamdulillah...kini kandunganku dah nk masuk 8weeks...
peyut masih kecik...xnampak mcm pregnant pun lagi...
utk 1st trimester nie...mmg kena jaga sgt kesihatan & xboleh
la nk lasak2 sgt...

setakat nie syukur alhamdulillah..kesihatan aku pun masih ok...
cuma sminggu lepas mcm agak lembek..
bile selera mkn sudah berkurangan & dah mula muntah2..
minggu lepas terpaksa mengambil MC 2ari disebabkan
kesihatan yg kurang mengizinkan..
tambah2 plak keje mlm...mmg xlarat sgt..
mana tak nye...seminggu tue keje aku tido aje..
bile mlm pun pkl10 mata dah mengantuk...
bgn pagi...badan sgt lemah...terasa loya2...
smpaikan nk solat pun termengah2 lepas amik wuduk..
kena rilek2 jap....lepas tue baru la boleh solat..

tp minggu nie....aku rasa kuat skit..
2ari lepas keje day shift..alhamdulillah rasa ok je..
walapun bile dah ptg tue terasa la jugak lembek....
tp masih bole bertahan...

sekarang nie aku masih bekerja shift...
ok je sbenarnye....2,3 ari keje then off plak 2,3 ari....
tp tue la...kena keje mlm....agak xtahan jugak la..
dah la 12jam bekerja..mengadap je PC..kdg tue
smpai berpinar2 mata...tp xpela...
dah rezeki aku mcm tue..huhu
sbenarnye xsabar jugak nk cari keje lain..
normal hours :)
walaupun smggu 5ari direct keje..
atleast mlm2 aku dapat tido secara normal...huhu..
tambah2 awal2 pregnant nie mmg kena jaga la sgt kan..
tp kalu dah xlarat..penat...aku bantaii MC je la.hehe..
maap bos! terpaksa la....hehe

tp ape2 pun kena jugak tggu my beloved husband tue
dapat tukar semenanjung nie...baru la bole nk pikir keje baru..
huhuhuhu...cepat la sygg balik semenanjung!
xmo berjauhan lagi....tambah2 tgh pregnant nie...sedey tau!
tp mmg kena kuat & tabah!! chayokkk syuhada!! hehe ^_^

hujung bulan nie my husband balik..
sgt tidak sabarnye...
sbb kami mau ke klinik..
nk buat 1st scan nk tgk perkembangan baby kami nie...
sgt teruja okey!
sbenarnye masa 4weeks ari tue dah ada scan...
tp masa tue kecik sgt...
xnampak pun...so doktor suruh dtg nnt dah byk weeks..
sbenarnye skrg nie dah bole je pg scan...
tp aku still mau tggu my husband...
nk tgk sama2 nga die..:)

hopefully semuanya okey...
doakan utk kami ya! :)

Friday, October 15, 2010

Amalan Harian Buat Ibu Mengandung....

Sambil berehat2 di ptg ari...
tiba2 terasa rajin plak untuk men 'update' blog petang nie...
Kat sini sy nk kongsi skit amalan harian yg patut
diamalkan oleh ibu-ibu mengandung...
selain daripada ibu-ibu mengandung,
para bakal ayah juga bagus mengamalkan nya..
semoga zuriat yg dilahirkan nnt zuriat yg sempurna, soleh & solehah...

tips2 yg sy dapat nie dari ceramah yg sy dengar secara online
yg dismpaikan oleh Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
menurut Al-Quran, sunah & pengalaman beliau.

1) Sentiasa bertaubat & beristigfar

2) Banyak berdoa, doa sebelum melahirkan, doa anak dlm kandungan
& juga doa memudahkan kelahiran.

3) Rajin berpuasa sunat (para bapa rajin berpuasa sunat & ibu mengandung juga bole mengamalkannya selagi tidak memudaratkan kandungan).

4) Rajin solat wajib & amalkan solat sunat

5) Banyakkan zikir

6) Banyakkan membaca Al-Quran

7) Baca buku-buku ilmiah (contoh: kisah-kisah para nabi)

8) Berbual dengan anak dalam kandungan

9) Melakukan kerja ringan di rumah sebagai senaman

10)Tidak terlalu tertekan & stress

11)Menjaga adab & emosi

12)Makan makanan yang baik

13)Jauhi sifat dengki & dendam

14)Rajin mengukir senyuman

15)Rajin menghadiri majlis ilmu

mari la kite sama-sama amalkan :)

Tuesday, October 12, 2010

Rekod Kesihatan Ibu a.k.a buku pink! ;)

Hari nie..terasa rajin plak nk pg klinik kesihatan...
sbenarnye...aku xsure pun kandungan dah brp weeks
baru pg buat buku pink tue...
ada yg kata 1st pregnancy kena g awal...
before 8weeks..
ada plak kata...dah masuk 12weeks nnt pg la buat..
pg awal2 nie nnt nurse membebel suruh balik je...dtg lain kali.
huhuhuhu..punya la aku imagine mcm2 nnt nk jumpa nurse...

aku sampai klinik seawal 9.30am..
hahaha..awal la sgt...tue pun jenuh memaksa diri utk bgn..
nasib baik la klinik kesihatan nie dekat je..5minit dah smpai..

dari luar mcm xrmai org..dah masuk tue...
makkk aiiii...rmainye org..
so aku tawakal je la..lama ke kejap ke..redah aje.

then jumpa nurse dekat kaunter pendaftaran tue bgtau la
nak register utk pregnancy...
then die pun bg la buku pink tue nga bla bla...(3,4 borang utk di isi)
dah settle isi....nurse suruh amik urin utk buat upt..
punya la aku memaksa diri utk kuncil masa tue..ekeke...
sbb xterasa nk terkuncil pun..

masa aku smpai tue..current no giliran 4003...
tp aku dapat 4010...fuhhh lega mcm xrmai sgt..
mcm laaa...tp rupa2 nya...nak settle sorg2 tue..
punya la lama...so...nk smpai turn aku dlm sejam stgh la..
bole la...walaupun dah berkali2 nk terpitam masa menunggu tue..
sesorg plak tue..rsau gak..kangg jatuh tergolek..org buat deq' je...
pokok pisang sape la yg tumbang nie...adusss....sian aku.

okla, antara check up dah dibuat ari nie :-

1) Urine test
Nak tengok kandungan glucose / protein dalam badan2)

2) Blood test:


Nurse
akan meminta kebenaran untuk mengambil at least 10ml darah (nak tau kumpulan darah, rhesus, hepatitis b, hiv dan lain2).

3)
Sesi kaunseling + terapi bersama nurse:

-Masa ni nurse tulis results dari urine & blood test tadi dalam ''buku pink" di samping memberikan nasihat.

-sambil2 itu juga dia berikan ubat2 yg berkaitan

-Di samping itu juga, kita dikehendaki berbaring sambil melonggarkan bra.nurse akan check our breast to make sure yg tiada apa2 ketulan di breast & sebagai preparation untuk mengetahui kesesuaian untuk bayi menyusu

-Nurse juga akan check ada bengkak dikaki atau tidak (edema) & masalah tiriod (tekak)

-blood pressure test

-Nurse juga akan tulis dalam "buku pink" next temujanji untuk check up & jumpa doktor

Semuanye settle dalam 11.30am...2jam jugak la.
So far, lepas jumpa nurse2 tue ok la....layanan pun bagus..
xda pun seperti yg aku imagine sblom2 nie.
penerangan pun agak detail..tp btol la tue...
utk 1st pregnancy kena la penerangan detail skit kan..

so..kakak2 nurse sekalian..
kite jumpa for the next checkup 10/11/2010 (birthday laki aku!)


asic folic, vitamin b complex & vitamin iron untuk mengatasi masalah kekurangn darah.

Saturday, October 9, 2010

Perkembangan Bayi Dalam Rahim Dari Minggu Ke Minggu - Part I

Minggu ke-1 :

Minggu ini sebenarnya masih dalam menstruasi, bahkan pembuahan pun belum terjadi. Ini kerana tanggal perkiraan kelahiran bayil dihitung berdasarkan hari pertama haid terakhir Anda.

Proses percantuman antara sperma dan telur yang memberikan informasi kepada tubuh bahawa kehamilan terjadi. Ketika ini janin sudah memiliki genetik, sebuah kombinasi unik merupakan 46 jenis kromosom manusia. Selama masa ini, yang ape yang penting untuk janin adalah nutrisi (melalui ibu) dan oksigen.


Sel2 telur yang berada didalam rahim, berbentuk seperti lingkaran sinar yg mengelilingi matahari.Sel ini akan bertemu dengan sel2 sperma dan bermulalah proses pembuahan.

5 juta sel sperma sekaligus berenang menuju tujuan akhir mereka iaitu menuju sel telur yang bersembunyi pada saluran sel telur. Walaupun pasukan sel sperma ini sangat banyak, tetapi pada akhirnya hanya 1 sel saja yang bisa menembusi dinding telur.



Pada saat ini kepala sel sperma telah hampir masuk. Kita dapat melihat bahagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak berhenti-henti berusaha untuk menembusi dinding telur.



Minggu ke-2 :

Percantuman terjadi pada akhir minggu kedua. Sel telur yang telah bercantumi membelah dua setelah 30 jam percantuman. Sambil terus membelah, sel telur bergerak di dalam lubang falopi menuju rahim. Setelah membelah menjadi 32, sel telur disebut morula.
Sel-sel mulai berkembang dan terbagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium.


Minggu 3:

Sampai usia kehamilan 3 minggu, Anda mungkin belum sadar jika sedang mengandung. Sel telur yang telah membelah menjadi ratusan akan menempel pada dinding rahim disebut blastosit. Ukurannya sangat kecil, berdiameter 0,1-0,2 mm.
Minggu ke-4 :

Kini, bayi berbentuk embrio. Embrio memproduksi hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - HCG), sehingga apabila Anda melakukan test kehamilan, hasilnya positif.

Janin mulai membentuk struktur manusia. Saat ini telah terjadi pembentukan otak dan tulang belakang serta jantung dan aorta (urat besar yang membawa darah ke jantung).

Minggu ke-5 :

Terbentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut. Seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm yaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.


Minggu ke-6 :

Ukuran embrio rata-rata 2-4 mm yang diukur dari puncak kepala hingga punggung. Tuba saraf sepanjang punggung bayi telah menutup. Meski pun Anda belum dapat mendengar, tetapi jantung bayi mulai berdetak pada minggu ini. Sistem pencernaan dan pernafasan mulai dibentuk, tangan & kaki juga akan mula bertunas.


Amalan Doa Ketika Mengandung...

Salam semua....kat sini syu nk share skit amalan doa yg bagus ketika mengandung...jom ibu2 bapa2 sekalian kite sama2 amalkan.. :)
"Ya Allah,peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia,sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh,tiada sembuhan melainkan penawar Mu,sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah,lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah,jadikanlah ia sihat sempurna,cerdik,berakal,berilmu serta beramal soleh. Ya Allah,elokkan akhlak,fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.".

Amin.........

Tanda-tanda Awal Kehamilan

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesyaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya...

Berikut beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya & selalu mengantuk
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat & mengantuk.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

Tahniah!!!

Tuesday, October 5, 2010

Syukur Alhamdulillah....

dah berkurun lamanye blog ini xter updated...
sbb malas pun ada..hehhee :D sowi!

haaa..ari nie xda byk sgt nk ckp...
cuma nk bgtau adik2 kakak2 abg2 pakcik2 makcik2 sekalian...
aku rasa happy & bersyukur sgt...
kerana akhirnya doa kami dimakbulkan...
ari nie genaplah 10bulan usia perkahwinan kami...
lagi 8bulan kami akan menyambut org baru
dalam hidup kami..insyaAllah...semoga
semuanye dipermudahkan..

senang cite...skrg nie..aku sudah PREGNANT!!
sukenyeeee....syukur alhamdulillah...
Allah maha besar...

1st time tau...mmg terkejut sgt2...
xsangka pun..hehe...
akhirnye doa kami selama ini termakbul..
kena byk bersabar & berdoa sentiasa..

ari nie...kandungan ku baru sahaja berusia 5weeks & 5 days,
setakat nie..aku blom ada lagi alahan2 yg ketara..
mgkin masih baru...harapnye..jgn la alahan sgt..
yela..suami masih di sarawak..risau jugak.

antara tanda2 yg ketara b4 tau berita nie...
selera makan aku sgttt laa tinggi...
setiap 4jam skali mesti rasa lapar..
kalu dah lapar..nk mkn nasi je...xnak mkn benda lain.

lepas tue..bile mlm aje...badan mula panas...
suhu meningkat...tp aku xdemam..

genap2 je 4weeks..tekak mula rasa loya...
mula la nk uwekkk..uwekkk..
tp xkuar ape2 pun..kuar angin je..hehe..

aku check awal...3ari awal..masa tue 2nd line tue blur2 lagi..
rasa nervous sgt nk tggu delay period...
bile dah delay period....aku try check lg...
kali nie 2nd line dah terang...alhamdulillah..
lepas tue aku pg klinik..
doktor ada scan...tp xnampak pun...
kdg nampak..kdg tak..
sbb kecik sgt....

then doktor suruh dtg nnt kandungan 2bulan...
so bole la aku tgk janin tue..
besttnyee! Terima Kasih Allah! syukurr...

utk awal2 kandungan nie..doktor cuma kasi asid folic...
lagi 3mggu....husband balik...so bole la kami ke
hospital kerajaan utk buat buku merah tue....

hmmm...doa2 sgt semuanya berjalan lancar...
semoga Allah memberi kesihatan & keselamatan kepada hambamu ini..
aku kena kuat! chayoookkk!!~