Ya Allah,
Seandainya telah engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagian antara kami..
agar kemesraan itu abadi.
amin.....
Dikala seorang isteri yang ditakdirkan tinggal berjauhan daripada si suami tercinta...
maka tercipta lah blog ini di mana menjadi teman buat si isteri untuk meluahkan apa saja perasaan tak kala kesunyian & kerinduan..
it's all about LOVE.....
Saya Nur Syuhada Mohamad isteri kepada Nik Mohamad Syazuan Nik Mahamud. Kami berdua anak jati kelantan dan saya berasal dari Pasir Mas, si suami pula dari Kota Bharu. Kami sama-sama menuntut diSekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Suami melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dan sekarang bergelar pendidik di salah sebuah sekolah di sarawak. Saya pula melanjutkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan sekarang bekerja sebagai operation engineer di Atos Origin Kuala Lumpur.